Thursday 29 November 2012

Hidup cuma ada 2 Pilihan

Hidup cuma ada 2 pilihan :D

Hidup dalam keredhaan Allah S.wt
Hidup dalam kemurkaan Allah S.w.t

amalan, perbuatan, rezeki yang dicari hendaklah berpaksikan syariat agar
mendapat keredhaan allah swt dunia & akhirat.. Atau memilih sebaliknya yang hidup penuh dengan kemurkaan ALLAH S.W.T.

Jom Persiap diri kita untuk menghadap ALLAH suatu hari nanti.

tabarakallah. Terima Kasih sebab bace

Monday 17 September 2012

Ulama Hebat TERENGGANU :D



meninggal ketika berumur 102 tahun..


Masyarakat Malaysia yang celik sejarah perkembangan Islam di Kepulauan Melayu serta cerita para wali yang terlibat mesti pernah mendengar nama Tokku Paloh. Beliau atau nama sebenarnya Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus adalah ulamak terkenal yang menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III, pemerintah Terengganu penghujung abad ke 19. Tokku Paloh juga dikenali sebagai wali Allah penuh karamah yang sangat ditakuti penjajah.

Tok Ku Paloh berketurunan ‘Saiyid’. Oleh itu sudah menjadi tradisi keturunan itu untuk lebih mengutamakan usaha mempelajari ilmu-ilmu daripada orang yang terdekat dengan mereka. Ayah beliau, Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. Dapat dipastikan Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri.





Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh) melanjutkan pelajarannya di Mekah. Di sana beliau bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan ramai lagi. Antara orang yang menjadi guru mereka di Mekah ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus setelah pulang dari Mekah memusatkan aktivitinya di Kampung Paloh, Terengganu. Menurut Muhammad Abu Bakar, Kampung Paloh didatangi orang daripada pelbagai jurusan, bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu, tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani (Ulama Terengganu, hlm. 181). Diriwayatkan bahawa salah seorang murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III. Riwayat lain pula mengatakan antara muridnya yang terkenal dan menjadi pejuang antipenjajah ialah Haji Abdur Rahman Limbung dan Tok Janggut.

Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar.

Katanya: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan.

“ Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad.

“Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.” (Ulama Terengganu, hlm. 184)


Ada diceritakan bahawa apabila Inggeris cuba berunding meminta tanah kepada Sultan Zainal Abidin, baginda menyuruh mereka berjumpa Tokku Paloh kerana katanya Terengganu ini ada tuannya... Maksudnya Tokku Paloh lah yang lebih berhak membuat keputusan. Pegawai Inggeris telah pergi ke rumah wali Allah itu untuk berunding. Tokku Paloh bertegas tidak mahu memberi walau seinci pun tanah. Inggeris yang berang bangun untuk menunjukkan kemarahan tetapi kerusi pula melekat dipunggung mereka. Lalu Tokku Paloh memerli mereka: "Sudahlah tanah kita mahu diambil, kerusi kita pun mahu dibawa lari..."


Dalam peristiwa lain pula, Inggeris mengajak Tokku Paloh berunding di atas kapal perang. Tujuan mereka adalah untuk mengugut secara halus dengan mempamirkan kekuatan angkatan laut mereka dengan meriam berkuasa tinggi yang mampu membedil pantai Terengganu, satu taktik yang dikenali sebagai "gunboat diplomacy". Tokku Paloh cuma menyengetkan serbannya lalu seluruh armada kapal laut Inggeris turut senget sama! Pada masa yang lain pula, mereka cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi melihat ia dijaga pahlawan-pahlawan Melayu siap bersenjata sejauh mata memandang. Ini menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup.  Selepas beliau meninggal dunia, tepat pada 24 Mei 1919  barulah Inggeris dapat mencampuri kerajaan Terengganu.




Makam-makam di atas puncak bukit... Ini adalah makam sanak-saudara Tok Ku Paloh seperti sepupu, saudara dua pupu, ibu saudara dan sebagainya...



Makam Tok Ku Paloh dan sanak-saudaranya yang terdekat, di dalam kawasan berpagar batu yang kelihatan ini...



Makam Tok Ku Paloh pula terletak di dalam kawasan berpagar besi yang terkunci... 



Makam itu terletak 2km daripada Kampung Paloh iaitu di suatu tempat bernama Cabang Tiga... Di Masjid Tokku Tuan Besar yang memakai nama sempena nama gelaran ayahandanya itu!



Di belakang masjid ini, terletak makam Tokku Tuan Besar...Tokku Tuan Besar ialah satu gelaran yang diberikan kepada beliau kerana pernah menjadi ketua ulamak Terengganu pada zamannya... 

Nama penuh Tokku Paloh ialah Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad (Tokku Tuan Besar) bin Sayyid Zainal Abidin bin Sayyid Sheikh @ Sayyid Hussein bin Sayyid Mustapha.

kisah pengajaran pada manusia yang menghina Rasulullah saw. AWAS buat manusia yang sewenang2nya menghina Rasulullah!!


Ka’ab bin al Asyraf dibunuh kerana menghina nabi

Setelah selesai Perang Badar Nabi Muhamad saw menghantar ut

usan ke Madinah bagi memaklumkan berita gembira itu kepada penduduk Madinah.

Ka’ab bin al Asyraf seorang penyair Yahudi dengan sombongnya berkata. “Benarkah Muhamad berjaya mengalahkan mereka seperti yang disampaikan oleh dua utusan ini?. Padahal mereka (orang Quraisy Mekah) orang-orang Arab yang termulia dan raja manusia. Demi Tuhan, jika Muhamad berjaya mengalahkan mereka maka perut bumi lebih baik daripada permukaannya.”

Tidak cukup dengan itu Ka’ab yang pandai berpuisi mencipta puisi menghina Nabi Muhamad saw.

“Siapakah yang sanggup bertindak terhadap Ka’ab bin al Asyraf bagi mewakili aku?” Tanya Nabi Muhamad saw.

“Wahai Rasulullah, saya sanggup membunuhnya,” kata Muhamad bin Maslamah.

“Sila lakukan jika engkau sanggup melakukannya,” kata nabi.

Muhamad bin Maslamah dan kawan-kawannya menggunakan tipu helah bagi memperdayakan Ka’ab kerana penyair Yahudi itu dikatakan kuat gagah serta mempunyai ilmu sihir. Muhamad bin Salamah dan Silkan bin Salamah pura-pura dalam kelaparan datang untuk meminta makanan.

“Mahukah kamu menyerahkan anak gadis atau isteri kamu?” tanya Ka’ab dengan angkuhnya.

Muhamad bin Maslamah dan kawannya Silkan bin Salamah mengajak Ka’ab keluar dari rumahnya. Sambil berjalan Silkan berkata, “Alangkah wanginya rambut kamu wahai Ka’ab, boleh aku menciumnya?”

Ka’ab membenarkan Silkan mencium rambutnya. Kemudian Silkan meminta izin untuk mencium rambut Ka’ab kali kedua.

“Awak boleh cium rambutku sepuasnya…” kata Ka’ab dengan bangga.

Maka Silkan memegang kepala Ka’ab dengan tangan kiri manakala tangan kanannya menghunus pisau lalu dikelarnya leher Ka’ab…

(Petikan dari Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam Jilid 2) -GT-
438

YA ALLAH YA TUHANKU.. AMPUN NIE LAH DOSE2 HAMBA MU INI !

Thursday 6 September 2012

Siapakah golongan benar di akhir zaman ?


AnakKemaman98 :D
Seringkali kita mendengar tokoh-tokoh tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mendabik dada dengan pengikutnya yang ramai mendapat sokongan yang kuat seolah-olah hendak membuktikan bahawa mereka berada di landasan yang benar.Tetapi kita perlu ingat bilangan yang ramai itu tidak semestinya menunjukkan kita berada di pihak yang benar. Allah tidak menilai dan memandang kuantiti yang ada pada kita tetapi melihat kepada kualiti iman dan amalan kita. Jika kita membaca hadith-hadith Nabi s.a.w kita akan dapati bahawa pihak yang benar di akhir zaman nanti ialah pihak yang sedikit bilangannya berbanding pihak yang berada di jalan yang salah.
Hadith daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut.” (H.R. Muslim)
Hadith ini jelas membuktikan bahawa pada akhir zaman nantipejuang-pejuang kebenaran dan mereka yang menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah, bersabar di atas segala celaan dan hinaan dan tidak takut kepada ancaman.
Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (H.R. Muslim)
Terdapat pelbagai riwayat yang menjelaskan maksud ghuraba’ (asing) sebagaimana yang terdapat dalam hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam kumpulan ramai yang melakukan kejahatan. Antara sifat ghuraba’ ialah tetap berpegang dengan ajaran Islam ketika masyarakat dalam keadaan rosak.
Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadithnya yang bermaksud: “Telah berpecah Yahudi kepada 71 kumpulan dan telah berpecah Nasrani kepada 72 kumpulan dan akan berpecah umatku kepada 73 kumpulan kesemuanya dalam neraka melainkan satu.” Dikatakan siapakah dia wahai Rasulullah (golongan yang satu)? Jawab Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berpegang dengan apa yang aku pegang dan sahabatku.
Jika kita membaca sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w kita akan dapati bagaimana risalah Islam yang dibawa oleh baginda dianggap asing sehingga ditentang hebat oleh kafir Quraisy Mekah. Dakwah kepada agama tauhid yang dibawa oleh Rasulullah pada peringkat awalnya hanya diimani oleh kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja.
Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dianggap asing dan pelik oleh masyarakat Jahiliah apatah lagi Rasulullah s.a.w menentang berhala-berhala mereka, menentang amalan syirik dan khurafat yang mereka lakukan, menentang perzinaan, adat dan budaya yang biasa mereka agungkan. Justeru, apabila Rasulullah s.a.w membawa sesuatu yang bertentangan dengan amalan nenek moyang mereka maka mereka mula bertindak balas dengan menghina, mencela Rasulullah dan menyeksa serta membunuh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Inilah gambaran tentang asingnya Islam itu pada peringkat awal dakwah Rasulullah s.a.w.
Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 120: “Setiap berita daripada Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya; telah datang kepadamu dalam berita ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang yang beriman.
Apa yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w mengenai keasingan Islam telah mula kelihatan dalam masyarakat kita. Nilai-nilai Islam yang masih ada dalam diri kita telah terhakis sedikit demi sedikit, dosa-dosa besar dianggap biasa, kefasadan dan kemaksiatan dibiarkan berlaku secara terang-terangan, orang-orang jahil bercakap mengenai Islam dan kurangnya perlaksanaan al-amru bi al-ma’ruf wan nahy ‘anil-munkar.
Asingnya Islam juga ialah apabila umat Islam mengabaikan kewajipan ibadat mereka kepada Allah s.w.t, mengabaikan perkara fardu, jahil mengenai hukum halal dan haram, mendekati perkara syubhat, riba’ dianggap halal. Yakin bahawa tanpa riba’ ekonomi tidak mampu berkembang. Arak dan judi jika diharamkan akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.
Perkara ma’ruf dianggap munkar dan munkar dianggap ma’ruf. Kebenaran dan kebatilan dicampuradukkan. Apa yang paling menakutkan ialah manusia lebih mempercayai hukum ciptaan manusia daripada hukum ciptaan Allah. Mereka yakin bahawa dengan melaksanakan hukum Allah akan menyebabkan Negara berada dalam keadaan kucar kacir dan kacau bilau.
Antara bukti asingnya Islam ialah apabila umat Islam dihina, dibunuh dan disembelih tetapi umat Islam lain hanya memerhatikannya sahaja. Lebih mengaibkan lagi apabila umat Islam bergantung penuh kepada negara luar dengan anggapan tanpa kuasa luar kita tidak mampu melakukan apa-apa.
Marilah sama-sama kita muhasabah diri, melihat sumbangan masing-masing terhadap agama yang kita cintai ini. Berapa ramaikah di kalangan kita yang mempunyai sifat ghuraba’ (asing) sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w? Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menegur dan mencegah kemaksiatan dan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat? Berapa ramai di kalangan kita yang berani untuk mempertahankan Islam, memperjuangkannya dan menegakkannya. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup menahan celaan dan tohmahan kerana mempertahankan Islam?
Rasulullah s.a.w telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud: “Mana-mana orang mukmin yang melihat orang mukmin lain dihina dan diaibkan tetapi dia tidak bingkas menolongnya, pada hal dia berkeupayaan membelanya, nescaya Allah mengaibkan dirinya di hadapan orang ramai pada hari kiamat kelak”. (H.R. Ahmad)
Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Moga-moga dengan kembalinya kita kepada ajaran Islam yang sebenar akan menjadikan kita umat yang bermotivasi, berinovasi dan memiliki keazaman yang tinggi untuk kembali semula menjadi umat yang cemerlang.
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang yang kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; Janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (Hud:112)
allahuaklam :D

Rindu Nabi Muhammad Terhadap Kita


Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan. Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
“Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: ”Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”
“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.
“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,” pintasRasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Monday 13 August 2012

Masih adakah ramadhan tahun Akan datang?

Assalamualaikum...
Ape khabar semua? Sihat?

Puase mcam mne?? Ok tak?? Sekarang dah masuk 10malam terakhir Ramadhan.. So, bersungguh-sungguhlah kite buat Amal ibadah.. Semoga dapat malam Lailatul Qadr,, insyaallah...

Wednesday 11 July 2012

Islam D' Hatiku

Kita nasihat dia bukan bermakna kita benci dia, tetapi kita nasihat dia sebab kita tidak mahu dia dibakar oleh api neraka :)

Mencari Redho Allah

assalamualaikum.. hai kawan2..  lama dah izham tak update blog nie. dah berhabuk dah. 
nak buat cam mne, buzy je memanjang.

sebenarnye  takde ape pon nak tulis nie.. ops, baru ingt. jom kite berdakwah :

Jika saat ini.
=kamu sedang tersenyum, semoga senyum itu menjadi ibadah.
=kamu sedang marah, semoga marah itu tidak melampaui batas
=kamu sedang sedih, semoga kesedihan itu mampu menghidupkan hati & jiwa
=kamu sedang letih, semoga letih itu menjadi penggugur dosa
 -----> Semoga apa yang kamu lakukan hari ini jauh lebih baik dari waktu yg telah lalu. Semoga kebahagiaan dan keberkatan mengiringi perjalanan hidup selalu. 

Pastikn korang bace tau! sy berdakwah nie bukan bermakna sy arif dlm hal ini.. sama2 lah kita menegakkan Islam k. allahuakbar.. semoga happy :) boboi

Saturday 9 June 2012

kisah hidupku

Alhamdulilah.. syukur ke hadrat Illahi kerana limpah kurnia nye sy masih dipanjang kn umur..

salam, kpd sume pengguna blogger..  apa khabar ? sihat?

tahun nie kan tahun plg teruk kowt.. 8 org budak pompuan ajak aku couple,. gile ke ape..
selalunye budak laki kn ajak pompuan couple.. tp skrg nie terbalik pulak.. Masyaallah.. dunia dah nak kiamat kot.. tp,, sume nye aku tolak.. aku mahu tunggu si die.. Mcam2 dugaan aku terima tp nk wat cm ne.. dh takdir illahi..
alhamdulilah aku skrg sudah berubah sikit2.. drpd pde tak solat.. aku dah solat.. g dgr kuliah, g kiamulai.. mcm2 la. almaklumlah cita2 aku nak jadi IMAM MUDA.. hehe..  # IMAM MUDA AZHAM .. pergghh ! INsyaallah

Kegemilangan Islam Dibawah Kepimpinan Ulama

Kegemilangan Islam Dibawah Kepimpinan Ulama
Islam Untuk Semua